Saturday, August 15, 2009

Sell Out : sudah jual

Filem ini telah menujukkan sisi-sisi hitam konglomerat dengan dua perniagaan yang berbeza iaitu perniagaan media dan perniagaan produk. Rafflesia Pang, walaupun kelihatan cekap dalam menguruskan rancangannya, namun dia terpaksa akur dengan populariti Hannah Tan. Dia terpaksa membuang prinsipnya dalam rancangan 'For Art's Sake' setelah dipaksa majikannya untuk menjemput Hannah sebagai tetamu undangannya. Namun setelah merakam saat kematian tunangnya, barulah populariti rancangannya melonjak dan dijadikan sebuah rancangan realiti baru. Permintaannya supaya gajinya dinaikkan setelah menemui formula baru rancangan realiti itu ditolak oleh majikannya, bahkan diugut bahawa apabila berhenti dari Fony, bererti tiada syarikat akan mengambil bekerja kerana semua syarikat adalah usahasama dengan Fony. Rancangan realitinya juga dianggar mendapat sambutan sehinggakan ianya digantikan dengan waktu siaran berita. Hal ini selari dengan kehdupan yang kita lalui di mana lambakan rancangan realiti semakin tak terkawal. Syarikat-syarikat konglomerat ini hanya mengambil untung atas sikap penonton yang digelar oleh ahli falsafah Jerman, Theodor Adorno(1903-1969) sebagai ‘schadenfreude’ iaitu “largely unanticipated delight in the suffering of another which is cognized as trivial and or appropriate" ataupun boleh diterjemahkan sebagai ‘kegembiraan melihat penderitaan orang lain’.


...........

Walaupun Horace Walpole(1717-1797) pernah berkata "Dunia adalah tragedi bagi yang merasa, dan ianya komedi bagi yang berfikir"- saya ragu-ragu adakah semua penonton yang tertawa sewaktu menonton filem ini akan berfikir apa yang ditonjolkan Joon Han. Mungkin terlalu awal untuk menyatakan bahawa Yeo Joon Han boleh berdiri sebaris dengan pengarah yang betul-betul mebikin filem sebagai filem, namun tidak keterlaluan menyatakan bahawa filem ini akan mempunyai pengikut tersendiri (cult) seperti filem Seman (1986), Dari Jemapoh ke Manchastee (1996) ataupun My Beautiful Washing Machine (2004).


(dipetik sedikit dari Majalah Dewan Masyarakat Ogos)

1 comment: