Wednesday, March 4, 2009

TAYANGAN MINGGU INI


Program Film Screenings March 2009 untuk minggu ini menampilkan dua buah filem menarik. Filem pertama adalah Henry: Portrait of a Serial Killer (1990) arahan John McNaughton, dan yang kedua adalah filem Itali Umberto D (arahan Vittorio De Sica, 1952).

Henry: Portrait of a Serial Killer telah didasarkan secara longgar dari kisah benar seorang pembunuh bersiri bernama Henry Lee Lucas. Filem ini telah mendapat perhatian para pengkritik dan sarjana filem kerana pendekatan realisme nya dan juga sudut pandangan yang amoral. Rata-rata penonton menganggap Henry sebagai salah sebuah most disturbing movies yang pernah dihasilkan.



Fiem Henry ini telah dianggap sebagai sebuah filem seram moden yang telah menyimpang keluar dari format konvensyen filem-filem seram yang lain. Filem ini telah meletakkan pembunuh bersiri sebagai monster, sepertimana filem Psycho (arahan Hitchcock, 1960) dan The Silence of the Lambs (arahan Jonathan Demme, 1991). Sarjana filem Cynthia A. Freeland mengistilahkan filem Henry ini sebagai sebuah realist horror.

Filem ini telah dihasilkan dengan bajet yang rendah dan telah diharamkan tayangannya pada tahun 1985 dan dibenarkan tayangannya lima tahun kemudian kerana pihak berkuasa di Amerika tidak sependapat tentang elemen keganasan yang cukup sadis dan grafik dalam filem ini.



Sebuah lagi filem yang perlu ditonton adalah Umberto D arahan pengarah filem Itali Vittorio De Sica dari gerakan sinema neorealisme Itali (De Sica sebelum ini telah ‘menawan’ dunia dengan filemnya yang terkenal The Bicycle Thief pada tahun 1948). Program Film Screenings telah beberapa kali menayangkan filem Bicycle Thief. Menerusi Umberto D, De Sica kembali dengan penulis lakonlayar Bicycle Thief Cesare Zavattini dengan pendekatan dan pengisian cerita yang sama. Umberto D telah difilemkan di sepanjang jalan-jalan di Rome dan watak-watak utama kebanyakannya dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang bukan profesional; ini memberi kesan-kesan immediacy dan authenticity. Ceritanya berpusat kepada seorang warga emas, seorang profesor yang telah bersara menjalani kehidupan yang menyedihkan bersama anjing kesayangannya, dan filem ini banyak membuat observasi terhadap ketidakadilan sosial. Sebuah filem yang meruntun perasaan dan dianggap sebagai masterpiece De Sica, selain The Bicycle Thief.

HENRY: PORTRAIT OF A SERIAL KILLER (5 Mac 2009/Khamis)
UMBERTO D (6 Mac 2009/Jumaat)
Jam: 8.10mlm
Percuma
Pancha Delima, Bangunan Akademik,
UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam

No comments:

Post a Comment