Friday, January 16, 2009

Taare Zameen Par : manusia menceritakan kemanusiaan.


seusai mendapat pamplet senarai filem januari ini,tidak dapat saya nafikan saya tertarik dengan pilihan filem bollywood ini, Taare Zameen Par. Alasan yang sama juga saya gunapakai untuk memujuk seorang teman turut menonton. Alasannya : Aamir Khan.

Nama Aamir Khan tidaklah sehebat Shah Rukh Khan. Namun tariannya dalam filem Mann dan diikuti dengan aksi penuh patriotik dan separuh romantiknya dalam Lagaan yang telah membuatkan saya lebih ghairah mencari siapa dirinya.

Taare Zameen Par yang beerti 'Bintang Di Bumi' adalah sentuhan emasnya. Filem ini mengisahkan tentang sorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Ishaan Awasth (Darsheel Safary) menjalani hidupnya di alam persekolahan. Pada dasarnya, Ishaan adalah kanak-kanak biasa yan mempunyai mirip Ronaldinho. Namun,dia sebenarnya boleh dikategorikan sebagai lembap. Takut dengan pembelajaran yang bersistem, iaitu bahasa,huruf dan nombor. Namun mungkin kerana wajahnya yang mempunyai mirip Ronaldinho, dia juga mempunyai bakat terpendam. Hal ini tidak dapat dikesan oleh sesiapa, termasuklah keluarganya, namun seorang guru,Ram Shankar Nikumbh(Aamir Khan) percaya Ishaan yang menghidap dylexia ini adalah sebutir bintang.

Filem arahan dan diterbitkan sendiri oleh Aamir Khan ini dekat di hati siapa-siapa. Ini kerana semua orang pernah menjadi kanak-kanak. Pada mulanya, ketika babak Ishaan menangkap ikan, saya menyangka filem ini adalah filem kanak-kanak kurang upaya yang serius (macam filem What Eating Gilbert's Grape) namun setelah montaj awal, barulah saya dapat mengagak filem ini akan sama seperti Rain Man ataupun Forest Gump. Apa yang sangat menriknya filem ini, ia tiada babak menari sambil menyanyi di gunung-ganang!

Saya menyadari, melalui filem ini, Aamir Khan dan juga penulis skrip (Amole Gupte) cuba menyampaikan bahawa sistem pembelajaran di sekolah mampu membawa keburukan terhadap pelajar. Belajar,hafal,jawab periksa dan markah. Itu tujuan utama sekolah yang harus diikuti untuk berjaya dan kemudiannya, dengan perbuatan yang sama, pelajar itu akan mengulanginya apabila alam pekerjaan kelak (abang dan bapa Ishaan) . tetapi, erti pembelajaran yang sebenar adalah keseronokan. Ramai guru yang lupa akan hal ini. Kebebasan, keseronokan,menikmati hidup adalah tunjang pembelajaran yang terbaik, bukan sekadar buku teks. Kesenian itu juga salah satu cambah ilmu yang perlu dipelajari. Namun, Aamir tetap menerapkan betapa pentingnya ilmu secara formal (matematik,bahasa)

Kemanusiaan dan kasih sayang. Ini mungkin adalah subjek paling luas dalam filem ini. Dari dalam bilik darjah Ishaan hingga ke tepi-tepi jalan di sekolah, visual yang menujukkan betapa nilai kemanusiaan dan kasih sayang itulah yang sentiasa seorang manusia perlukan.
Seorang ayah pula jarang menujukkan sikap.Ibu sentiasa terbaik bagi kita dan juga inginkan terbaik bagi kita. Lirik dan lagu dalam filem ini memainkan peranan yang tak kurang hebatnya.

Kutak pernah memberitahumu ku takut gelap
Namun kau tahu itu
Kerana kau ibuku

Lihat,betapa puitis dan hebatnya apabila lagu ini digabung dengan visual Ishaan kedukaan ditinggalkan keluarga. Aduh..sangat manis.

Filem ini wajib ditonton untuk seseorang yang ingin menjadi guru, mempunyai keluarga begini(seperti saya) dan gemarkan nilai kemanusiaan. Aamir Khan secara amnya berjaya menjadikan filem tentang manusia kecil,yang besar kemanusiaannya,besar artistiknya,hebat lagunya tanpa unsur spektakular yang melebih-lebih. Mungkin kelemahannya adalah membiarkan watak cikgu Ram Shankar Nikumbh keluar dengan agak lewat sekali.

----------------------------------------------------
Bintang(5bintang)

Idea/skrip : 4
Sinematografi :3
Artistik : 3.5
Watak dan lakonan : 4
Katarsis/keunikan : 4

1 comment:

  1. tak tahan menangis bila si kecil bergolak dengan keperitan sebegini. mana mungkin dia bisa menahan perasaan sebegitu , dilemma yang dialaminya sedangkan pada kita pula sudah sehabis ketegangan yang paling klimaks dihadapi?

    ReplyDelete