Thursday, January 22, 2009

Projek Filem Pendek Pelajar Teka

Saya datang ke sesi tayangan filem pendek di FACT bukan sekadar ingin melihat hasil kerja teman saya,, namun juga menambah sedikit pengetahuan ertinya filem pendek yang baik. Saya juga berniat untuk menjadi pengkritik. Makanya, saya datang dengan besar hasrat, namun tetap membenarkan setiap karya itu menzahirkan dirinya dahulu,sebelum dikritik.

Namun sesampainya saya di sana, saya kelihatan kerdil. Dari Hassaan Mutalib, Norman Yusoff hingga ke beberapa bloggers yang pandai filem. Makanya,saya bukukan sahaja soalan dan cadangan saya. Hadirin yang cuba jadi pengkritik juga ramai.

Tentang hal pengkritik ini, lumrahlah bagi sesi soal-jawab. Penuh ketakpuasan hati biasanya. Apatah lagi pengarah-pengarah muda ini masih lagi belajar. Andaikata salah seorang dari pengarah tersebut mempunyai minda seperti Orson Welles sekalipun,dia tidak akan bebas dari kritikan. Biasalah,tugas mengkritik lebih senang dari menghasilkan filem.

Benarkah? Jika pengkritik pandai mengkritik,biar saja mereka menghasilkan filem, dan kita lihat hasilnya.

"Tugas pengkritik adalah mengkritik. Filem seharusnya dikritik, kalau pengkritik menghasilkan filem, apa yang pembikin filem nak buat?"
-A.Wahab Hamzah

Tukang masak sehebat Jamie Oliver tak ke mana, tanpa pengkritik makanan. Kerana pengkritik,biasanya mencungkil pemikiran pembikin filem. Makanya, kaliskan diri dengan kritikan.


Filem Omah Cilikku Enek Kelambu.

Tahniah buat Mohd Zainorhisyam, kerana saya percaya, filem ini besar nilai kemanusiaannya. Lihatlah betapa kesusahan tidak membataskan kasih sayang antara keluarga.Dengan isu yang ditonjolkan, masih lagi boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja, termasuk kita. Isu tentang keadilan dalam membahagikan kepada yang hak.Menggunakan anak kecil serta kelambu, secara tak langsung menggigit memori saya ketika saya kanak-kanak. Ya, rumah kami lebih kurang begini.Filem ini manis dari segi idea dan skripnya, apatah lagi besar maknanya. Maka saya tak perlukan lagi shot-shot untuk menambahkan lagi nilai melankolik dan semantiknya. Buat kali pertama, saya tidak setuju dengan Hassan Mutalib. Filem abstrak sifatnya.


Awan Mendung Menanti Pelangi

Saya peminat besar hasil tangan Azri Abu Hassan-Kopitiam Kurang Manis. Maka untuk filem ini,secara peribadi saya agak kecewa. Namun oleh kerana beliau sengaja imitate filem melodrama akhir 80-an dan awal 90-an, saya membenarkan diri menerima filem ini. Untuk filem ini, saya merasakan babak tukang kebun itu agak mengganggu,biarpun apa alasannya.Ketika sesi soal jawab filem ini, saya dapat merasakan jiwa seorang pengarah rebel dari beliau. Ala-ala Nasir Jani. Tahniah untuk pengarah yang rajin membuat kajian tentang filem!

Sinkronis

Saya pernah menonton Tenggiri, karya pertama Jaja kadir. Bagi saya Sinkronis seperti buah hampir masak. Ada ruang yang kelihatan perlu ditampal. Namun, filem ini kelihatan cantik sehingga ada yang terkeliru ini dengan filem seni. Tahniah untuk penataan artistiknya. Ya,ini filem non-linear yang mudah. Mungkin masalahnya apabila turning pointnya tidak digarap dengan baik. Apakah kamera atau wanita di dalam hati jurukamera itu?Mungkin dari segi simbol atau semantik filem ini,membuatkan saya risau. Apakah makna gadis menghisap rokok di telefon awam? Kritikan budaya? Apapun,kudos untuk filem ini,yang dibuat memang dengan gaya filem pendek yang ramai suka.


--------------------
Tahniah kepada pembikin-pembikin filem muda ini. Bukan senang bikin filem. Ang Lee menghabiskan masa 6 tahun membaca filem sebelum menjadi pengarah.

4 comments:

  1. "Biasalah, tugas mengkritik lebih senang dari menghasilkan filem."

    yaa betul! aku setuju banget bro! so aku nak tulis yg ini pulak:

    "Biasalah, pembikin filem pendek dari golongan pelajar mestilah diaorang emosional kalau kena kritik kerana susah woo nak bikin filem guna duit fakulti setelah lulus ditapis dari 1001 skrip yg dihantar kpd lecturer! 1st baby tu kannn?"

    boleh bro! peace!

    ReplyDelete
  2. hehe. terima kasih kepada yang kritik. bro, napa tak datang semalam?

    ReplyDelete
  3. Kritik boleh..tapi jgn pdas sgt. Ni bukan Festival Filem Dunia;p Karya student kowt hehe. Bese ar 2, msti ada serba-serbi kurangnya.

    Nxt sems wat kat Dewan Sri Budiman lak, cmfirm gempak!

    ReplyDelete