Wednesday, January 13, 2010

Bertahun Mansor di Residen

Bertahun di Residensi adalah sebuah dokumentari tentang Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia yang dihasilkan oleh karyawan yang sempat dekat dengan Tunku. Sudah namanya karyawan, pastilah karyanya cuba membelok dari menghasilkan sesuatu yang biasa. Maka Dokumentari Mansor Puteh ini diletakkan sebagai sesuatu yang tidak konvesional.Tidak konvesional di sini bermaksud sesuatu yang luar dari kebiasaan. Ya, ianya memang menongkah konvesional (seperti tulisan Ku Seman Ku Hussein) jika dilihat dari aspek produksi dokumentari televisyen untuk tayangan umum. Tetapi apabila menyatakan Bertahun di Residensi sebagai sebuah produksi filem (yang bergerak secara bebas) ianya tidaklah terlalu luar biasa.

Dokumentari ini, bak kata Erman Maharam adalah sesuatu yang sangat peribadi. Biarpun Mansor Puteh menafikannya, dengan menyatakan setiap responden dipilih dengan alasan mempunyai latar belakang yang unik dan berbeza, dokumentari ini milik Mansor Puteh. Ini kerana ketika Mansor membikinnya, Mansor telah memasukkan dirinya dalam momen-momen penting Tunku Abdul Rahman (seperti ketika Tunku menetap di sebuah rumah di England). Maka hal inilah yang membuatkan dokumentari ini sesuatu yang 'baru'. Malahan fakta tentang kehidupan Tunku sebagai pelajar sememangnya sangat menarik selain sebagai orang filem- dan fakta-fakta ini telah membuatkan dokumentari ini mencapai matlamatnya.

Bertahun di Residensi, mula mencuri perhatian apabila ianya berjaya membuka ruang polemik antara pihak kerajaan (FINAS) terhadap karyawan (Mansor Puteh). Seperti kebiasaan,apabila karyawan (yang dikatakan ekstrem) menghasilkan dokumentari, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sebelum ini Lelaki Komunis Terakhir yang dikatakan pro-komunis itu menjadi alat kementerian untuk membuktikan prihatin terhadap rakyat. Bagi saya, tayangkan saja di pawagam, biar penonton menilai- tak perlu hidup dalam penafian bahawa filem ini mampu memberi impak besar pada masyarakat (macamlah penonton kita akan ke pawagam untuk filem ini)

Berbalik kepada Bertahun di Residensi, dokumentari ini mula diperkatakan apabila pihak Finas tidak bersetuju untuk menayangkannya di televisyen atas 13 alasan. Antara alasannya adalah kualiti filem ini. Maka Mansor Puteh menyatakan bahawa pihak Finas tidak mengetahu bahasa Filem. Pada saya, bukanlah salah Finas seratus peratus. Bukanlah kerana bahasa filem itu relatif- akan tetapi kerana pihak Finas tidak mengenali siapa Mansor Puteh. Pihak Finas tidak mengenali Mansor Puteh sebagaimana Hassan Muthalib mengenali beliau. Pihak Finas tidak melihat Mansor Puteh sebagaimana sarjana filem melihat beliau. Bagi saya ini adalah kunci tercetusnya polemik terhadap dokumentari ini.

Kecenderungan untuk menilai sesuatu perlakuan sebagai kesalahan adalah tinggi jika tidak mengenali sosok pelakunya. Sebab itulah saya pernah membaca dua ulasan yang berlawanan tentang filem Wayang arahan Hatta Azad Khan (satu oleh Hassan Muthalib dalam Sinema Malaysia dan lagi satu di dalam Dewan Budaya-saya terlupa penulisnya) Apabila seorang penilai mengenali pengkarya maka persepsi akan berubah. Apresiasi penilai terhadap karya tersebut juga akan selari dengan persepsi . Contoh mudah- apabila saya melukis sebuah segiempat di di atas sehelai kanvas, ianya akan kelihatan segi empat. Namun jika Picasso yang melukisnya, ia adalah mahakarya!

Secara keseluruhannya, saya melihat dokumentari ini adalah sebuah karya Mansor Puteh, bukan sebagai sebuah dokumentari biasa. Yang mencetuskan polemik mungkin kerana penilai di Finas tidak menonton Seman (karya Mansor sebelum ini) sebelum menonton dokumentari ini.

11 comments:

  1. Baru sahaja terbaca artikel Akmal Abdullah ( umum tahu kecenderungan pro establishment dan kejumudan Akmal dalam menilai filem) yang menibai Mansur dalam kolum epilognya di Berita Harian.

    Poin Akmal adalah -

    1. FINAS bagi duit ( duit rakyat RM170k) untuk Mansur hasilkan dokumentari bagi tontonan umum tetapi Mansur gunakan duit itu untuk menghasilkan karya bersifat peribadi sehinggakan dokumentari itu tidak sesuai dan menarik (pada pandangan Finas) untuk dipertontonkan kepada umum. Ini adalah kerana FINAS beranggapan bahawa dokumentari ini sepatutnya memenuhi ciri dokumentari konvensional yang memberikan maklumat yang tepat, menarik, mudah dicerna dan difahami oleh golongan penonton biasa yang tidak setaraf Hasan Mutalib atau cerdik pandai filem.

    2. Panel penilai FINAS mengatakan bahawa terdapat banyak kelemahan teknikal iaitu visual dan audio di dalam dokumentari ini dan meminta Mansur memperbaikinya tetapi ditolak oleh Mansur. Poin ini adalah relevan kerana FINAS sebagai funder bagi dokumentari tersebut mempunyai hak untuk memintanya Mansur berbuat sedemikian.

    3. Mansur yang berbangga pernah menuntut di Columbia Universiti (tetapi gagal menghabiskan pengajiannya itu) mengatakan bahawa FINAS tak tahu bahasa filem dan tuduhan pedas ini dibalas oleh Akmal dengan menyamakan hasil kerja kamera bergoyang, soft fokus dan kecacatan auido visual yang terdapat di dalam dokumentari ini ( yang terhegeh-hegeh ditafsir oleh cerdik pandai filem sebagai mempunyai makna semiotik dan dianggap sebagai satu unsur sinematik) dengan hasil dokumentari kanak-kanak. Ini fair and square. Mansur ada ego dan Akmal ada ego. Masing-masing tak mahu kalah.

    Di atas adalah antara kritikan Akmal terhadap Mansur. Boleh baca dalam BH hari ini.

    Tidak dinafikan Mansur adalah seorang pengarah filem dan pengkritik (pengkritik? pernah baca himpunan kritikan beliau yang sangat kelakar itu?) yang tersohor dek kontroversi demi kontroversi yang diciptanya. Kebiasaannya kontroversi tercetus dari mulutnya yang tidak berlapik itu dan sikap super narkisusnya terhadap hasil karyanya sendiri.

    Aku rasa tidak benar mengatakan bahawa FINAS tidak mengenali Mansur. Umum mengetahui Mansur itu bagaimana orangnya.

    Dokumenatri ini diangkat tinggi oleh teman-teman Mansur dan salah seroang yang mengangkat dan memuji hasil kerja ini siapa lagi kalau bukan Hasan Muthalib.

    dan untuk menilai dan bersandar dengan kritikan Hasan Muthalib juga sekarang ini sudah tidak lagi selalunya relevan. Hasan tidak konsisten dan kredibilitinya terjejas kerana kemampuannya untuk bersikap 'bias' dan pro terhadap pengarah tertentu. Contoh paling mudah adalah filem Wayang.

    Kritikan yang bagus untuk filem Wayang boleh dibaca di dalam jurnal skrin edisi tahun lepas oleh Dr Anuar Nur Arai. Hasan menilai dan mengkritik wayang secara hipokrit. ini menjejaskan kredibiliti beliau.

    Walau bagaimanapun, dokumentari Mansur ini setidaknya boleh dijadikan satu penanda perubahan terhadap cara pembikinan dokumenatri di negara ini. Ini adalah sesuatu yang positif.

    Dan aku bersutuju dengan Amer bahawa seseorang itu perlu menonton Seman terlebih dahulu sebelum menonton hasil-hasil karya Mansur yang lain. Kerana dari situ kita dapat memahami hasil kerja beliau yang carca marba seperti pembikinannya itu. Period.

    Mirza Razin.

    ReplyDelete
  2. Apa pasai tak cakap macam ni hari tu di apresiasi? Awat sembunyi belakang nama samaran? Dahlah tu, pemikiran pun macam si Akmal. Hampa ingat pasai kawan ka kita sokong? Osman Ali murid saya, kawan saya, budak baik. Tapi bila 'Anak Halal' keluak macam tu, gua tibai juga! Awat ilmu hampa cetek sangat ni? Belajak kat mana? Buat malu cikgu hampa saja eih!!

    (PS: Nama saya tolong eja betui sikit, no? Nanti gua sumpah lu jadi adik angkat Mansor Puteh baru tau!).

    ReplyDelete
  3. Laa, dah tua-tua nak mampuih ni terlupa pulak. Mana ada gua 'menilai & mengkritik' filem Wayang. Gua tulih pasai Tanda & Petanda. Awat tak faham benda tu pun? Apalah nak jadi dengan budak ni? Hang belajak apa kat UiTM ni? Masak memasak ka? Isy, isy, isy!

    ReplyDelete
  4. Saya tak bercakap masa apresiasi tu sebab saya tak berapa pandai nak bercakap macam Pak Hassan... :)Lagipun masa tu saya tengah menghadam doku Mansur tersebut.

    Pak Hassan bila menulis mengenai tanda dan penanda di dalam Wayang secara tak langsung merupakan satu bentuk criticism terhadap filem tersebut...kritikan bukan bermakna menghentam saja Pak Hassan... Haih Pak Hassan ni.

    Pak Hassan kata tidak membuat penilaian terhadap wayang - ' Sebuah fiem yang baik haruslah menghiburkan dan bla...bla..bla...' yang Pak Hassan tulis itu tidak bermaksud menilai? Isk...

    Apepun Maafla saya eja nama Pak Hassan salah. Isk.

    Pak Hassan, jangan marah... dah tua-tua ni.Tak elok. :) Peace.

    ReplyDelete
  5. Seperti kata P Ramlee: 'Bukan marah. NASIHAAAT!'
    Piss.

    ReplyDelete
  6. masing2 punyai pendapat masing2...

    walaupun ada yang tak setuju dengan pendapat yang sorang lagi, apa salahnya kita menghormati pendapat itu...tiada sakitnya (hehe)

    otakmovie.blogspot.com
    MoviHolic > a review from an audience...

    ReplyDelete
  7. Dalam mempersembahan sesuatu karya itu, masing-masing ada cara (style) tersendiri. P. Ramlee tidak sama macam Jamil Sulong.

    Begitu juga Steven Spielberg tidak sama seperti Cecil B DeMille. Sama juga Mansor Puteh tidak akan jadi macam Hatta Azad Khan.

    Oleh yang demikian, kita seharusnya menghormati karya orang lain, walau seburuk mana sekali pun.

    Finas pun satu, yang heboh-hebohkan sangat hentam Mansor Puteh itu buat apa, runding baik-baik bukankah bagus.

    Apa "Paloh" dan "Embun" tu, bagus sangat ke?
    Tidak ada 13 alasan dari Finas. Ini kerana bukan Mansor Puteh yang direct.

    Tayangkan saja, biar penonton menentukan sama ada dokumnteri "Bertahun Di Residensi" Mansor Puteh tu, baik atau pun tidak.

    Carilah jalan terbaik mengatasinya kerana dokumentari itu mengenai Tunku Abdul Rahman yang kita semua hormati.

    Finas kata, biar rugi RM170.000.00 daripada menayangkan dokumentari itu. Eh...Eh, senangnya cakap. Bukankah itu duit rakyat.

    Saya harap Finas dan Mansor Puteh bertolak ansurlah dalam mencari penyelesaian. Janganlah ego sangat.

    ReplyDelete
  8. tolong lah jangan anonymous sangat...biar lah berdepan dan tunjuk muka, baru orang boleh hormat pendapat anda..

    penggigit kuku = otak movie ...baru betul ye anon...

    ReplyDelete