Tuesday, June 16, 2009

BUKU TERBARU DI LIBRARY PTAR, PUNCAK PERDANA

Salam Screening Club!

Pada 17 Jun 2009, saya meluangkan masa pergi ke library PTAR, Puncak Perdana dengan nawaitu membuat research thesis saya. Apabila saya melangkah kaki ke dalam library, saya terkejut. Kenapa? Air cond tip top condition la, sejuk giler. Bukan itu sahaja saya terkejut, yang peliknya adalah saya seorang sahaja berada di dalam library. Sepatutnya pada musim cuti semester ini pelajar seharusnya meluangkan masa membaca buku, membuat research kerana buku terlalu banyak dan pelajar belum meminjam buku. Mungkin, pelajar bercuti di kampung halaman, meluang masa dengan teman wanita bertumit tinggi atau melepak di Bukit Bintang. Tidak salah bercuti, melepak dan sebagainya, tetapi kita seharusnya refresh balik otak kita dengan membaca buku, terutamanya pada pelajar perfileman. Saya cuba 'menganjurkan' anda meluangkan masa pergi ke library PTAR, banyak buku tentang filem dari segi teori, directing, philosophy, production managment, production design in film, photography, animation dan sebagainya.

Ramai sahabat saya menyatakan, "buku tentang filem makin berkurangan di library!" Please stop what u talked about! Saya menyarankan anda, pergi ke library banyak buku terbaru sampai. Saya amat bertuah pada hari tersebut kerana menjadi orang pertama membuka buku terbaru dari aspek teori filem, sinematografi, photography digital, philosophy, documentary, art direction serta Directing. Antara buku terbaru merupakan favorite saya adalah :

a) The Directors by ROBERT J.EMERY (2003) - take three (versi ketiga, terdapat versi 1, 2, 4)
Buku ini terdapat temu bual bersama pengarah filem Hollywood tersohor antaranya Robert Altman, Tim Burton, Roger Corman, Wes Craven, Clint Eastwood, Barry Levinson Paul Schrader, Alan Parker, Martin Scorsese dan Steven Spielberg.

b) Deleuze on Cinema by BOGUE, R (2003)
Buku ini membicarakan tentang falsafah Deleuze melalui pendekatan filem Image and Time. Antaranya Bergson and Cinema, Frame-shot and Montage, Eighteen Sign, Hyalosigns:Crystals of Time, Chronosigns:The Order of Time and Time as Series, Noosigns and Lectosigns:Image and Thought, Sight and Sound.

"...lagi banyak kau membaca buku filem, makin mudah kau membaca filem ketika menonton" - Anuar Nor Arai (2007)

Salam.

azri abu hassan

4 comments:

  1. Pergh! Hebatnya Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Terbit indie feature film 3 Budak Melayu. Tahniah fakulti anda sememangnya film school terbaik di Malaysia.

    Tentang buku baru filem di library anda, boleh ke orang luar datang?

    ReplyDelete
  2. memang terbaik, 3 Budak Melayu nanti keluar GSC ke TGV?

    ReplyDelete
  3. jemput datang...
    nanti lepas baca buku, tonton filem pula
    (bermula julai)

    nak belajat puisi jalaludin ar rumi, kahlil gibran...di sinilah..x perlu jauh...

    ReplyDelete
  4. Salam, bila tayangan filem Laskar Pelangi di Fakulti Teka?

    ReplyDelete